Bercakap dengan firaun yang jelas sesat pun Allah SWT menyuruh menggunakan perkataan yang baik, kata Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki.
Asyraf menggunakan perumpamaan itu bagi membidas kenyataan dikeluarkan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang mencarut dan mengeluarkan perkataan lucah ketika berkempen di Pelangai.
Asyraf seterusnya mengambil teladan kisah Nabi Musa dan Nabi Harun yang mana Allah SWT mengarahkan baginda bertemu firaun bagi menjelaskan maksudnya.
“Allah bagi arahan kepada Nabi Allah Harun dan Nabi Allah Musa, kata Allah…kamu pergilah bertemu Firaun, mengadap firaun, sesungguhnya dia adalah orang yang sesat.
“Tetapi bila kamu bertemu firaun ini, bercakaplah kamu, berkata-katalah kamu dengannya dengan menggunakan perkataan yang lembut, yang baik. Allah tak kata guna caci maki, Allah tak kata guna ‘kepala bapak hang’.
“Allah tak kata guna perkataan yang macam dia (Sanusi) sebut semalam tu, start (mula) daripada (huruf) ‘k’… nak sebut pun malu. Ini semua bukan akhlak Islam,” katanya ketika program Sembang Santai PRK Pelangai di Kampung Chemomoi, dekat Bentong, malam tadi.
Sanusi yang juga pengarah pilihan raya PN dalam satu ceramah pada malam penamaan calon menggesa pengundi di Pelangai untuk menolak BN dan PH, bagi menyuarakan penentangan terhadap apa yang didakwanya sebagai liberalisme oleh kerajaan persekutuan.
Bercakap di Felda Kemasul, Sanusi membangkitkan langkah Ahli Parlimen Ipoh Timur Howard Lee yang memetik terjemahan sepotong ayat al-Quran baru-baru ini.
Dia berkata perkara itu hanya boleh berlaku kerana Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri.
“Yang liberal ni dia kata sekurang-kuranya dia (Howard) mengaji..kepala bapak hang…hang bodoh.
“Quran ni Tuhan turunkan penuh kesucian, kemuliaan dia ada disiplin untuk menghurai, untuk menterjemah.
“Ni hangpa alif ba ta pun tak tahu…kote (anu) pun tak kerat,” katanya ketika ceramah.
Mengulas lanjut Asyraf mengkritik PAS yang menyerang pemimpin DAP mentafsirkan ayat al-Quran, sedangkan suatu masa dulu PAS menganggap satu kelebihan apabila DAP memahami Islam.
Malah, ketika menjalinkan kerjasama dengan DAP, ada pemimpin PAS mengangkat bekas ketua menteri Pulau Pinang umpama Khalifah Umar Abdul Aziz.
Tambah Asyraf kerjasama PAS dengan DAP pada masa itu bukan arahan raja-raja mahupun untuk menyelamatkan Melayu, tetapi hanya satu matlamat untuk menumbangkan Umno-BN.
“Dan waktu itu kena bila dia (PAS) bersama DAP, orang DAP baca al-Quran buatlah makhraj tak betul, biarlah tajwid ke laut, biarlah dia baca ayat al-Quran tuju untuk jatuhkan Umno, waktu itu apa kata dia…oh nasib baik orang DAP dah boleh baca Quran, hadis.
“Macam orang Umno dari lahir tak pernah baca Quran dan hadis. DAP lepas berkawan dengan PAS boleh baca al-Quran dan hadis dia kata.
“Tiba-tiba Lim Guan Eng angkat sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz.
Tak kan kita lupa,” kata Asyraf lagi
Leave a Reply