Asyik merayau ganggu orang, kaki budak lelaki dirantai pada kerusi

PELBAGAI cara boleh dilakukan untuk mendisiplinkan anak-anak.

Bagaimanapun, kebanyakan ibu bapa lebih gemar menggunakan kekerasan supaya anak-anak menjadi takut seterusnya tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan.

Terkini, kaki seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun didapati dirantai oleh ibu dan ayahnya di pantai Pattaya di Thailand pada 7 September lalu.

Menurut bapanya, tindakan tersebut diambil bagi mengelakkan anaknya melarikan diri sehingga menimbulkan masalah kepada penduduk setempat ketika dia menjalankan perniagaan sewaan tikar kepada pengunjung.

Perbuatannya itu menjadi tular selepas dirakam dan disiarkan di media sosial oleh salah seorang pelancong.

Susulan daripada itu, pegawai dari Kementerian Pembangunan Sosial dan Keselamatan Manusia di Wilayah Chonburi mengambil tindakan pantas ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan mangsa.

Kanak-kanak terbabit kemudiannya dibawa ke pusat perlindungan untuk penilaian dan pemulihan manakala bapanya ditahan di bagi proses pemulihan dadah kerana positif methamphetamine.

Untuk rekod, pada 24 Ogos lalu, komuniti dalam talian berkongsi klip video yang menunjukkan kanak-kanak terbabit sedang menghisap e-rokok di hadapan sebuah tempat hiburan.

Malah dia pernah dilaporkan hilang beberapa kali oleh keluarganya.

Sikap dan tingkah laku kanak-kanak terbabit yang dikatakan liar mendorong ibu dan ayahnya bertindak tegas.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*