“Asal pesan mee tarik… Penghantar makanan tersilap hantar pesanan, anak pelanggan termakan daging babi panggang

Kejadian penghantar makanan (p-hailing) tersilap menghantar pesanan hingga anak pelanggan termakan daging babi panggang tular di laman sosial sejak semalam.

Kisah itu dikongsikan pengguna Facebook (FB) Izham Nayan menerusi hantaran di platform berkenaan yang kini meraih 1,000 perkongsian.

Menerusi hantaran itu, Izham turut memuat naik gambar makanan dan resit bayaran yang diterima.

“Salah hantar makanan (mengandungi daging panggang) babi ke rumah kawan saya. Anak-anak dia dah termakan, asal pesan mee tarik.

“Ibu tengah uruskan kelas dalam talian, anak kecil pula tengah lapar… Ayah pesankan untuk anak dekat rumah.

“Anak terima dan makan saja. Resit biasa tampal kat luar tapi yang ini resit kat sebelah bawah sekali dalam plastik, keluarkan semua baru jumpa resitnya,” tulisnya.

“Astaghfirullahalazim… makan baru habis ke baru perasan?” soal pengguna FB, Tati Norzai di ruangan komen.

“Macam mana boleh terjadi, kena berhati-hati, kerajaan atau jabatan agama kena lakukan sesuatu,” tulis seorang lagi pengguna, Md Noor Pitchay.

Harian Metro cuba menghubungi Izham menerusi Facebook (Fb) untuk mendapatkan kenyataan, namun mesej dihantar belum dijawab.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*