Siti Nor Fadilah Ahmad, 38, sepupu kepada Istiqomah Ahmad Rozi, 33, guru wanita yang dibunuh dengan kejam tidak menyangka pesanan arwah kepada keluarga agar berwaspada berakhir dengan dirinya menjadi mangsa.
Arwah sempat menasihati saya supaya berhati-hati memandangkan sekarang ada pelbagai kes penculikan dan jenayah yang menakutkan, namun tak sangka akhirnya dia sendiri yang menjadi mangsa.
Kata Fadilah, dia dan arwah sering berhubung melalui WhatsApp memandangkan arwah berada di Johor dan dia pula menetap di Kepong, Kuala Lumpur.
Tak lupa mengingatkan agar berhati-hati
Dia turut menyifatkan sepupu kesayangannya itu seorang yang baik kerana sentiasa menitipkan doa dan berpesan agar berhati-hati setiap kali mereka berhubung di Whatsapp.
Kami masih berhubung pada awal Disember lalu, namun saya terkejut apabila tiba-tiba dimaklumkan dalam kumpulan WhatsApp keluarga bahawa Istiqomah yang mesra dipanggil Is dalam kalangan sepupu dilaporkan hilang.
Tambah Fadilah, hatinya luluh dan terkedu sebaik sahaja dimaklumkan bahawa jasad arwah sepupunya ditemukan namun bersyukur kerana sekurang-kurangnya jasadnya ditemukan selepas lapan bulan hilang tanpa jejak.
Semalam, saya pulang ke kampung dari Kuala Lumpur sebaik menerima khabar bahawa jenazahnya akan diserahkan kepada keluarga dan akan dikebumikan di kampung. Selain itu, saya reda dengan kehilangan sepupu yang rapat sejak kecil dan berdoa semoga segala urusan arwah dapat berjalan dengan lancar.
Sangat terasa kehilangannya – Adik arwah
Sementara itu, adik arwah, Muhammad Irfan Ahmad Rozi, 31, berkata kehilangan kakaknya amat dirasai kerana mereka hanyalah dua beradik sahaja bagaimanapun sudah reda dengan apa yang berlaku.
Kami dua beradik sahaja, hanya ada saya dan dia yang dipanggil ‘Kak Long’ dalam keluarga. Jadi kehilangannya amat terasa namun saya bersyukur kerana akhirnya Kak Long ditemukan walaupun dalam keadaan tidak sempurna.
Turut baca :
- {VIDEO} Ambil masa 7 minit samun kedai barang kahwin di Shah Alam, polis buru penjenayah bertopi keledar
- “Otak tu biar berfungsi sikit” – Buat lawak jadi orang pertama dijangkiti ‘monkey pox’, suami Fatin Afeefa dikecam
- {VIDEO} Hampeh! Kena tipu terang-terang, gadis kecewa bayar mahal tapi lain pula yang diterima
Leave a Reply