NASAB merujuk kepada garis keturunan seseorang atau hubungan darah antara individu dengan ahli keluarga mereka.
Dalam konteks Islam, nasab berkait rapat dengan sistem identifikasi keturunan untuk menentukan hubungan keluarga dan hak.
Seorang suami berada dalam dilema selepas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan kemungkinan menarik taraf anak-anaknya kerana perkahwinan dianggap tidak sah.
“Baru-baru ini saya dihubungi oleh pihak JPN Putrajaya mengatakan taraf kewarganegaraan anak-anak saya kemungkinan akan ditarik kerana arwah isteri saya menggunakan kad pengenalan identiti orang lain.
“Pemilik asal telah membuat laporan dan sejak itu saya dapat tahu bahawa isteri saya bukanlah warganegara dan menggunakan kad pengenalan orang lain,” katanya yang berkongsi kisah di media sosial.
Lelaki itu mendedahkan dia telah pun disiasat oleh JPN Putrajaya berhubung kes ini.
“JPN memberitahu kemungkinan akan menarik taraf anak-anak saya kerana perkahwinan saya dianggap tidak sah dan taraf anak saya mungkin mengikut ibu mereka.
“Tapi saya ada sijil nikah yang sah dengan arwah isteri saya cuma nama sahaja adalah nama pemilik kad pengenalan sebenarnya,” katanya lagi.
Tambah lelaki ini, dia buntu memikirkan hak dirinya dan anak-anak kerana mereka sedang melanjutkan pelajaran dan ada yang bekerja.
“Adakah nikah saya dikira sah dari segi Islam? Atau ada cara lain yang boleh saya guna untuk atasi isu saya,” soalnya
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi warga maya dan ramai mengesyorkan dia merujuk kepada pejabat agama.
“Lebih baik terus rujuk ke pejabat agama untuk minta pendapat sebab ini mengenai nasab dan taraf perkahwinan sah atau tidak sebab guna identiti orang lain.
“JPN cakap nikah tak sah mungkin berdasarkan identiti tak sama dengan arwah isteri sebab kalau nama tak sama maknanya tuan kahwin dengan orang lain selama ni.
“Teruskan berdoa semoga JPN tak tarik balik sebab JPN cakap kemungkinan kan? Takut anak-anak tuan dah berkahwin, pakai wali tuan pula lagi payah,” kata beberapa netizen.
Baca juga :
{VIDEO} Abang rider bikin konvoi motosikal berkuasa tinggi ‘koyak’, selamba potong dilaluan mencabar
Tiada pihak pukul suami datang minta maaf, tetap teruskan saman, kata isteri lelaki OKU
Tiada pihak pukul suami datang minta maaf, tetap teruskan saman, kata isteri lelaki OKU
‘Kantoi’ palsukan dokumen bantuan sekolah, Guru Besar didenda RM20, 000
Leave a Reply