Apa dah jadi? Pemain, pegawai pasukan Liga Super dihalau keluar rumah sewa

Apa dah jadi? Pemain, pegawai pasukan Liga Super dihalau keluar rumah sewa.

Masalah tunggakan gaji terus ‘menyerang’ saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini dengan salah satu kelab dari Pantai Timur didakwa turut terkena ‘penyakit’ itu.

Lebih parah, sumber memaklumkan bahawa terdapat pemain dan pegawai pasukan terbabit dikatakan dipaksa keluar dari rumah sewa mereka kerana tidak mampu membayar sewa.

Kelab berkenaan didakwa gagal membayar gaji pemain dan kakitangan mereka hampir empat bulan walaupun sudah beberapa kali berjanji untuk menyelesaikannya.

“Semua orang komited dengan peranan masing-masing, meneruskan rutin harian dengan profesional walaupun mereka sedang bergelut secara peribadi.

“Namun, realitinya ada yang dihalau kerana tidak dapat menampung bayaran sewa. Apa yang kami minta hanyalah pihak pengurusan memenuhi tanggungjawab mereka dan memastikan gaji dibayar tepat pada waktunya.

“Kami semua mempunyai komitmen kewangan dan tanggungjawab peribadi yang sedang terjejas,” kata sumber itu yang enggan namanya didedahkan.

Isu tunggakan gaji sudah lama bersarang dalam kancah Liga M dan masalah itu tampak makin parah musim ini apabila turut membabitkan pasukan besar.

Sebelum ini, juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur City berdepan isu tunggakan gaji dan ia dikatakan sedang diselesaikan secara berperingkat.

Juara Piala Malaysia lima kali, Kedah Darul Aman (KDA) turut berdepan masalah kewangan yang menyaksikan skuad Sang Kenari juga dilaporkan berdepan isu pembayaran gaji.

Malah, media melaporkan pemain KDA memboikot sesi latihan sejak beberapa hari lalu berikutan dakwaan tidak menerima bayaran gaji.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*