Antara ‘mudarat besar’ dan ‘mudarat kecil’ Zahid dilantik TPM. Sebenarnya dua hari lepas di group, saya diminta memberi pandangan andaikata Zahid dilantik Timbalan Perdana Menteri 1… tak sampai 24 jam ada yang menghidu khabar angin ini.
Oleh kerana ia telah diulas oleh beberapa penulis… saya juga akan memberi pandangan mengenainya secara terbuka. Saya tidak akan bicara terlalu akademik tetapi dlm bicara yg mudah difahami.
Adakah saya setuju jika Zahid Hamidi menjadi TPM? Jawapan saya setuju! Persoalannya kenapa?
Sebelum ini saya sudah mengulas modus operandi PN untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan PM Anwar Ibrahim hanya dengan satu jalan iaitu menjatuhkan Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO.
Kita mesti ingat Ismail Sabri dan Hishamuddin adalah individu yg menentang kerajaan Perpaduan ini. Malah mereka dilihat mesra PN.
Bagaimanapun apabila Akta Anti Lompat Parti diperkenalkan dan juga surat akuan bersumpah dari parti UMNO telah mengikat MP UMNO untuk bertindak membuat keputusan secara solo seperti sebelum ini.
Ada yang melompat parti dan ada yang menandatangani SD tetapi kini segalanya mestilah secara en bloc. Kerana akta dan akuan bersumpah itu yg menggagalkan usaha mereka utk menghalang Anwar sebagai PM.
- Turut baca : Senarai penuh barisan kabinet ‘Kerajaan Perpaduan’
Jadi kenapa Zahid Hamidi diperlukan sebagai TPM? Jawapannya mudah iaitu utk kestabilan kerajaan perpaduan ini. Jika Zahid tanpa sebarang jawatan dlm kerajaan ia lebih memudahkan lawannya menumbangkan Zahid sebagai Presiden UMNO dalam PAU nanti.
Ia bukan sahaja bagi menjaga kepentingan Zahid tetapi untuk pemulihan UMNO bangkit bagi melawan PN/ PAS. Jika tidak parti teras Melayu ini akan berkubur dari lipatan sejarah politik tanahair seperti USNO.
Jika Zahid dijatuhkan oleh team pro Ismail dan Hishamuddin… pemulihan ekonomi akan terbantut. Politik negara akan sekali lagi berlaku sepertimana langkah Sheraton. Ia hanya membuatkan iklim politik Malaysia tidak stabil dan akhirnya ekonomi negara terjurumus ke juram yang lebih dalam.
Leave a Reply