Angka kematian di Gaza melepasi 8,000

Pihak berkuasa Palestin mendedahkan angka korban di Gaza telah melepasi 8,000 mangsa.

Ini susulan operasi darat tentera rejim Zionis Israel ke atas wilayah itu yang disifatkan telah memasuki ‘peringkat kedua’.

Israel turut menyekat sebarang bentuk komunikasi sehingga menyebabkan terputus maklumat di Semenanjung Gaza dengan peningkatan pengeboman dan tembakan meriam.

Angka korban tersebut termasuk lebih 3,000 kanak-kanak dan 1,650 lagi rakyat Palestin masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan yang musnah akibat serangan tentera Israel.

Sejak serangan Israel bermula di Semenanjung Gaza pada 7 Oktober lalu, keganasan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat juga telah meningkat.

Sekurang-kurangnya 105 rakyat Palestin terkorban dan 1,550 lagi telah ditahan oleh anggota tentera Israel.

Rata-rata bandar di Palestin telah terputus hubungan antara satu sama lain selepas tentera Israel adakan sekatan jalan raya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*