Anggota polis maut digilis

MOTOSIKAL ditunggang Lans Koperal Amirul Faiz Mohammad Ali

Anggota polis meninggal dunia selepas digilis kenderaan lain di Kilometer 37.7 Lebuhraya Elite arah utara, hari ini.

Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kemalangan berlaku pada 6 pagi, dengan mangsa, Lans Koperal Amirul Faiz Mohammad Ali, 31, bertugas di Istana Negara.

Katanya, ketika kejadian, mangsa dari arah Melaka menghala ke Jalan Duta, Kuala Lumpur.

“Motosikal jenis SYM ditunggang hilang kawalan dan terlanggar besi penghadang jalan, yang menyebabkan mangsa terjatuh di lorong paling kanan.

“Akibatnya, mangsa digilis kenderaan lain yang belum dipastikan,” katanya hari ini.

Menurutnya, motosikal mangsa rosak di bahagian kanan hadapan, lampu belakang dan lain-lain.

“Mayat dihantar ke Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*