MELAKA – “Saya rasa bersalah yang tiada penghujung kerana sudah menganggap Harraz seperti anak sendiri, kalau boleh diganti biarlah nyawa saya yang diambil,”.
Itu luahan pengasuh Harraz Noah Nazrul Nizam, bayi lelaki berusia enam bulan yang maut selepas dihantar ke rumahnya di Merlimau, Jasin, pada Isnin lalu.
Bayi itu yang baru sahaja dijaganya selama empat bulan dikatakan tidak sedarkan diri apabila ditemui dalam keadaan mukanya tertutup dengan selimut selepas ditidurkan di atas tilam kira-kira pukul 11.40 pagi.
Menurut Nor, 27, sehingga kini dia masih meminta maaf kepada ibu dan bapa bayi tersebut, Nazrul Nizam Mohd. Tahar, 29 dan Ainol Izzah Raslan 25, meskipun kedua-dua mereka telah reda serta memaafkannya.
“Waktu kejadian saya langsung tidak selimutkan Harraz tapi mungkin dia dapat capai selimut yang berada di atas katil ketika saya sedang mengemas rumah selepas menidurkannya.
“Sampai ke hari ini Nur menangis dengan kejadian berlaku dan setiap hari Ainol pula yang memujuk Nur supaya berhenti salahkan diri, dia kata Allah boleh ambil nyawa Harraz walaupun berada dalam jagaannya bila sampai masanya,” katanya.
Tambahnya, lebih hiba sejak kejadian itu hubungannya dengan Ainol yang baru dikenali semakin akrab kerana mereka saling memberi sokongan emosi.
“Ainol ada nasihat saya supaya tidak mengambil pusing tuduhan netizen di media sosial yang tidak memahami situasi kejadian.
“Nur bersyukur kerana Ainol dan Nizam sentiasa beri semangat pada Nur sedangkan jiwa mereka yang lebih perit, hanya Allah yang tahu,” ujarnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi ketika dihubungi pemberita memberitahu sehingga kini pihaknya belum menerima keputusan makmal daripada Jabatan Kimia bagi mengesahkan punca kematian Harraz.
Baca juga :
Leave a Reply