Anak orang Asli juara pertama pertandingan nyanyian, 10 fakta Amir Sisi ungguli The Chosen One

KEUNIKAN suaranya merinding menusuk kalbu, si cilik berbakat besar Amir Sisi muncul juara The Chosen One musim pertama.

Kejayaan itu menobatkan Amir sebagai orang Asli pertama yang muncul meraih kemenangan pertandingan nyanyian televisyen kanak-kanak di Malaysia.

Amir menewaskan tiga peserta lain yang bertanding di peringkat akhir iaitu Khalyn, 17, Erika Koo, 17, dan Raja Dayana Umayma, 13 dan membawa pulang pulang wang tunai RM30,000, trofi dan lagu single daripada Rocketfuel Entertainment.

Keunikan suara dan personaliti Amir yang bersahaja menyentuh hati ramai rakyat Malaysia sehingga tular di laman sosial TikTok dengan jumlah tontonan sebanyak 150 juta.

Selain kekuatan vokal, Amir ada auranya tersendiri. Berikut 10 fakta menarik anak muda ini:

1-Amir berusia 12 tahun dan merupakan orang Asli dari suku kaum Temiar.

2-Memiliki nama gelaran Unuk, Amir mempunyai tiga adik beradik.

3-Kanak-kanak berbakat ini berasal dari Pos Kemiar yang terletak di Gerik, Perak.

4-Beliau adalah murid Sekolah Kebangsaan RPS Pos Kemar, Gerik, Perak.

5-Beliau adalah anak didik kepada mentor Putera Muhammad.

6- Amir terdahulu muncul sebagai Johan Nyanyi Solo Kerohanian Festival Fitrah Murid Orang Asli Peringkat Kebangsaan 2022 (JAFOA).

7-Banyak terlibat persembahan nasyid, bakatnya dikesan dan diasah oleh guru-guru sejak berusia tujuh tahun.

8-Guru-guru mendedahkan Amir kerap mengalunkan azan di surau sekolah.

9- Para guru memberikan sokongan dan kerap mempromosikan kegiatan Amir di pelbagai platform media sosial di bawah nama Termoj Production.

10-Amir antara peserta yang paling menyerlah di The Chosen One dan pernah menyentuh perasaan penyanyi rock legenda, Datuk Awie.

Tahniah dan semoga terus berjaya Amir Sisi!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*