Anak perempuan Ketua Polis Lahad Datu Dzulbaharin Ismail berusia 14 tahun ditemukan meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah di sebuah bilik di rumahnya di Taman Tabanak, Lahad Datu, Sabah.
Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, mengesahkan kejadian dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.
“Polis masih siasat bagaimana kejadian itu boleh berlaku. Kakak mangsa yang berusia 16 tahun merupakan satu-satunya individu yang menjumpai adiknya itu terbaring di dalam bilik selepas pulang dari sekolah.
“Bapa mangsa pula ketika kejadian berada di Kinabatangan atas urusan pindah rumah kerana baru berpindah (ke Lahad Datu) setelah dinaikkan pangkat,” katanya kepada Bernama.
Dzulbaharin dilantik ke jawatan itu pada 1 April.
Razarudin juga berkata, proses bedah siasat akan dijalankan pada 9 pagi esok dan pihaknya sedang mengumpul semua saksi untuk dirakam keterangan.
“Orang ramai dinasihat untuk tidak membuat sebarang spekulasi selagi siasatan belum disiapkan,” katanya.
Turut baca :
Leave a Reply