Amanah bukan harta rampasan perang – Ahmad Zahid

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Ahmad Zahid menyifatkan pelantikan sebagai TPM dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah sebagai satu amanah bukan ghanimah atau harta rampasan perang.

Kata Ahmad Zahid, 69, ini adalah satu taklif iaitu tanggungjawab yang sangat berat dengan suasana ekonomi dunia diramal amat mencabar tahun depan.

Terima kasih di atas kepercayaan Perdana Menteri kepada saya dan rakan-rakan dalam Barisan Nasional (BN) untuk berada dalam Kabinet.

Amanah ini bukanlah ghanimah (harta rampasan perang), namun satu taklif iaitu tanggungjawab yang sangat berat dalam suasana ekonomi dunia diramal amat mencabar tahun depan.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bagan Datuk yakin mampu untuk menangani dan menempuh cabaran-cabaran demi kepentingan Malaysia dan rakyatnya.

Katanya lagi, dengan syarat semua pihak haruslah menghentikan provokasi dan tindakan untuk mencetuskan kegusaran dalam kalangan rakyat.

Usah diganggu ketenteraman dan perpaduan masyarakat serta usaha kerajaan untuk meningkatkan prestasi ekonomi negara selepas ini.

Mari kita bersama sebagai rakyat Malaysia bermuafakat demi masa depan Malaysia yang lebih baik buat semua.

Pada petang Sabtu, Ahmad Zahid mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Amanah bukan harta rampasan perang – Ahmad Zahid

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*