Sebuah festival muzik rock yang berlangsung di China menjadi kecoh dan mendapat liputan para media apabila seorang penyanyi membuka seluar sewaktu melakukan persembahan. Alamak!
Menerusi laporan CNN, vokalis kumpulan Violent Champagne itu telah membuka seluarnya di hapadan penonton yang menyaksikan persembahan mereka di Festival Rock Home Town pada hujung minggu lalu.
Penyanyi yang dikenali sebagai Ding itu bagaimanapun telah ditahan oleh pihak berkuasa dan didenda kerana berkelakuan tidak senonoh dan biadab di tempat awam.
Bukan itu sahaja, pihak pengajur turut menerima padah apabila didenda sebanyak RM16,350 dan tidak diberi kenaran untuk menganjurkan mana-mana konsert selepas ini.
Terdahulu, kumpulan The 1975 turut menimbulkan kontroversi di Malaysia apabila penyanyi kumpulan tersebut mempertikaikan undang-undang lesbian, gay, biseksual transgender dan pelik (LGBTQ) di negara ini. Di samping itu, vokalis The 1975 iaitu Matty Healy juga bertindak mencium anggota kumpulannya yang juga lelaki, Ross McDonalds di atas pentas.
Bertambah teruk lagi, Haely yang sedang memegang botol arak ketika membuat persembahan turut meludah dan mempamerkan beberapa aksi kurang sopan.
Leave a Reply