Akhirnya !!! Pemandu van polis sondol belakang kenderaan peniaga dikenakan tindakan

Akhirnya !!! Pemandu van polis sondol belakang kenderaan peniaga dikenakan tindakan.  Susulan tular akan ketidakpuasaan hati seorang adik peniaga berikutan abangnya disaman selepas dilanggar pihak polis sehingga terpaksa menanggung kerugian.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mohd Azhar Bin Mohd Yusoff mengesahkan menerima laporan mengenai kemalangan jalan raya di KM 16 Jalan Jerantut Temerloh pada 20 Jun lalu.

Berdasarkan siasatan yang dilakukan, saman dikeluarkan ke atas pemandu kenderaan orang awam tersebut atas kesalahan menghalang lalulintas di bawah kaedah 12(4) LN 166/59 iaitu kenderaan tidak boleh berhenti dan memotong di garisan putih berkembar bagi apa-apa tujuan.

“Pada 25/8/22, Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Temerloh telah mengeluarkan saman kepada pemandu kenderaan awam tersebut sebagaimana arahan oleh Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

Dalam pada itu, pemandu van polis juga telah diambil tindakan kerana gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan.

Katanya, pihak PDRM juga telah mengambil tindakan tatatertib terhadap terhadap pengawai penyiasat jika terdapat unsur-unsur kecuaian dalam siasatan.

Beliau turut berharap penerangan tersebut jelas dan tiada lagi spekulasi terhadap tindakan PDRM dalam menjalankan tugas.

Akhirnya !!! Pemandu van polis sondol belakang kenderaan peniaga dikenakan tindakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*