Air banjir dah paras dada… Wanita dedah suami larang pindah ke PPS

Boleh dikatakan kini, sebahagian besar negeri di Pantai Timur sedang hadapi situasi banjir teruk, di mana kebanyakannya terpaksa meninggalkan kediaman mereka dan berpindah ke Pusat Permindah Sementara (PPS).

Suami larang pindah ke PPS walaupun air banjir paras dada

Namun begitu, melalui platform X, seorang wanita yang tidak mendedahkan identiti mendedahkan suaminya melarang mereka sekeluarga berpindah ke PPS biarpun air banjir sudah mencecah paras dada.

Anak aku semalam tak boleh tidur sebab sejuk, lapar dan takut. Air tu dah kurang dari 10 anak tangga nak sampai tingkat atas. Naik sikit lagi memang tak boleh guna elektrik suis operator dekat tingkat bawah.

Bukan itu saja, malah si suami turut berkata wanita itu isteri derhaka jika mahu meninggalkan rumah terbabit tanpa persetujuan dia.

Marah isteri dan anak-anak naik bot penyelamat

Dalam hantaran lain, wanita terbabit difahamkan sudah pun berpindah ke PPS bersama anak-anaknya walaupun suami masih berkeras.

Malah, wanita itu mendedahkan suaminya marah apabila melihat dia dan anak-anak berada di dalam bot penyelamat dan bertindak agresif ketika diselamatkan.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*