Ah sudah! Lelaki trauma kerana datang haid

BEIJING – Seorang lelaki di China yang sering mengalami masalah ‘kencing berdarah’ terkejut apabila diberitahu bahawa dia sebenarnya datang bulan, lapor laman berita Wion News semalam.

Chen Li, 33, yang berasal dari wilayah Sichuan, juga kerap sakit pada bahagian abdomen dan berlarutan selama beberapa jam.

Ah sudah! Lelaki trauma kerana datang haid
Chen Li juga sering berasa sakit pada bahagian abdomen yang berpanjangan selama beberapa jam.

Hasil pemeriksaan doktor sebelum ini mendapati dia menghidap apendiks, namun simptom tersebut masih berlaku meskipun telah diberikan ubat.

Bagaimanapun, Chen Li terkejut apabila doktor lain mengesahkan bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah berkaitan sistem pembuangan air kecil, sebaliknya mengalami kitaran haid seperti wanita.

Pemeriksaan perubatan lanjut turut mendapati dia mempunyai organ pembiakan wanita seperti ovari dan uterus.

Laporan pemeriksaan juga mendedahkan bahawa kadar hormon seks lelaki iaitu androgen dalam badan Chen Li berada di bawah paras normal bagi lelaki.

Pada masa sama, hormon seks wanita Chen Li adalah setanding dengan yang ditemui dalam tubuh wanita dewasa sihat.

Akhirnya, Chen Li disahkan memiliki kedua-dua organ pembiakan lelaki dan wanita.

Justeru pada Jun lalu, dia telah meminta untuk menjalani pembedahan bagi membuang organ pembiakan wanita dalam badannya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*