Agong, Raja Permaisuri berangkat ke sambutan Hari Kebangsaan

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya di sini.

Ini kali pertama Seri Paduka Baginda berdua menyaksikan acara gilang-gemilang itu selepas Sultan Ibrahim mengangkat sumpah jawatan serta ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, masing-masing pada 31 Jan dan 20 Julai lepas.

Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah pada 8 pagi disambut Perdana Menteri Anwar Ibrahim serta isteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Tiupan nafiri turut bergema di Dataran Putrajaya sebelum lagu Hormat Diraja dan Negaraku dimainkan oleh pancaragam Kawalan Kehormatan Utama.

Ia disusuli terbang lintas lima pesawat helikopter yang membawa bendera Malaysia serta bendera Angkatan Tentera Malaysia, Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia sejurus keberangkatan Seri Paduka Baginda di Pentas Diraja.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*