Agihan kerusi PRN Kelantan : Hanya tujuh dari 45 kerusi untuk Bersatu

Agihan kerusi PRN Kelantan: Hanya tujuh dari 45 kerusi untuk Bersatu. Pendirian awal PAS menjelang pilihan raya Kelantan akan datang adalah ia akan mempertahankan semua kerusi yang dimenanginya pada 2018, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Mohd Amar Abdullah.

Sementara, lapan kerusi yang dimenangi BN semasa pilihan raya 2018 , katanya akan diagihkan kepada Bersatu.

Akbar Utusan Malaysia, hari ini memetiknya sebagai berkata, perkara tersebut diputuskan sebagaimana asas perbincangan yang dilakukan kedua-dua parti sebelum ini.

“Bagaimanapun perbincangan selepas ini (agihan kerusi) kita tidak tahu macam lagi…kena tunggulah (kalau ada perubahan),” katanya.

Mohd Amar berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob di Kampung Alor Pasir, Wakaf Bharu, di Tumpat.

Mohd Amar berkata PAS Kelantan sudah mempunyai senarai nama yang akan diangkat sebagai calon pada PRN nanti tetapi keputusan muktamad akan dibuat oleh Ahmad.

Pada pilihan raya 2018, PAS memenangi 37 kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan manakala BN memenangi lapan kerusi.

Bagaimanapun, kerusi BN kini tinggal tujuh susulan tindakan Adun Air Lanas, Mustapa Mohamed yang berpaling tadah kepada Bersatu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*