Agihan bayaran Fasa 2 BKM bermula 27 Jun

Agihan bayaran Fasa 2 BKM bermula 27 Jun.

Bayaran berperingkat Fasa 2 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan disalurkan bermula 27 Jun ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi satu hantaran di laman Facebooknya semalam.

Menurut Tengku Zafrul, secara keseluruhannya, sebanyak RM1.74 bilion diperuntukan untuk memanfaat hampir 8.6 juta penerima daripada golongan yang berpendapatan rendah.

“Saya berharap bantuan daripada kerajaan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban #KeluargaMalaysia,” ujarnya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bantuan tunai tambahan sebanyak RM100 bagi yang berkeluarga dan RM50 bagi yang bujang.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*