“Agak biadap, tak belajar ke…” Caprice tegur lelaki tawar diri jadi suami baru Puteri Sarah

Baru-baru ini tular video seorang wanita yang juga model sambilan yang menawarkan dirinya untuk menjadi isteri ketiga kepada pengarah Syamsul Yusof.

Malah, video berkenaan turut mendapat perhatian isteri pertama Syamsul iaitu Puteri Sarah Liyana.

Terbaharu, seorang lelaki pula yang menawarkan dirinya untuk menjadi suami kepada Puteri Sarah.

Difahamkan video tersebut dimuat naik dengan tujuan bergurau susulan pelakon tersebut nekad menuntut perceraian daripada suaminya, Syamsul selepas pengarah kontroversi itu selamat menikahi aktres Ira Kazar.

“Kenalkan bakal suami Puteri Sarah, aku akan pastikan dia bahagia. Takkan nak biarkan bidadari secantik ni sedih,” tulis lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut telah menarik perhatian pempengaruh media sosial iaitu Caprice.

Kata Caprice, tindakan individu berkenaan disifatkan sebagai seorang yang biadab kerana Puteri Sarah masih berstatus isteri kepada Syamsul.

“Bagi Caprice ini agak biadap! Korang tak belajar ke apa? Dia (Puteri Sarah) masih isteri orang,” tulisnya.

Caprice berkongsi perkara tersebut menerusi satu hantaran di Instagram Stories sambil memuat naik gambar individu berkenaan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*