Adik naik angin, saudara-mara berselera nak makan sambal ketuk ikan bilis menu kenduri arwah… Kau ingat ni majlis kesyukuran ke?

MAJLIS tahlil dibuat bertujuan mengingatkan diri kepada kekuasaan Allah menerusi bacaan ayat suci al-Quran, zikir serta doa.

Di Malaysia khususnya, majlis tahlil atau lebih dikenali sebagai kenduri arwah kebiasaannya diadakan dalam tempoh tertentu selepas pemergian insan tersayang.

Kenduri arwah bukanlah satu kewajipan mengikut sisi syarak, justeru ia tidak sewajarnya membebankan ahli keluarga secara keseluruhannya.

Bagaimanapun, melalui satu hantaran di media sosial, seorang wanita mengenang kembali sikap sanak saudara ketika ayahnya meninggal dunia hingga membuatkan dia terasa hati.

Menurut wanita itu, mungkin kerana terlalu mengikut adat, seorang saudaranya mengeluarkan kenyataan yang disifatkan sebagai kurang empati.

“Masa ni ayah baru je pergi, tiba-tiba petang tu ada saudara yang bersuara… sedap juga ni kalau kenduri nanti kita masak sambal ketuk ikan bilis.

“Adik saya apabila terdengar perbualan tu terus naik angin, ayah baru meninggal dunia kot, kau ingat ni majlis kesyukuran ke?,” kata wanita itu terkilan.

Melewati ke ruangan komen, warga maya berpendapat majlis tahlil tidak mempunyai isu sekiranya diubah sedikit konsep asalnya.

“Majlis tahlil ni bagus sebab kita boleh kumpul pahala dan sedekahkan kepada arwah. Tapi yang jadi ralatnya apabila tuan rumah terpaksa perah otak fikir nak masak apa untuk jamu tetamu. Memang berasap dapur, padahal baru je kehilangan.

“Kalau macam di kampung saya, tuan rumah tak perlu buat apa-apa, tetamu yang masing-masing bawa makanan sendiri, macam potluck. Kemudian apabila dah selesai kenduri, mereka akan bagi duit sikit kepada tuan rumah.

“Dulu waktu kenduri arwah mak, kami panggil katering je, memudahkan, tak perlu pening tentang makanan. Paling penting dapat hadiahkan pahala kepada arwah mak.

“Saya harap apabila saya mati nanti, budaya majlis tahlil ni tak diteruskan. Saya dah tujuh kaki di bawah tanah, urusan saya di dunia ini sudah selesai, biarlah waris teruskan kehidupan dengan aman,” demikian kata warga maya.

Dalam pada itu, terdapat juga pelayar yang berpandangan majlis tahlil membuka ruang untuk aib arwah dijaja serta disebar.

“Apabila berkumpul beramai-ramai ni, mula la seorang demi seorang buka cerita tentang arwah, mungkin ada yang elok, tapi ada juga yang mengaibkan. Sebab tu aku kurang gemar buat kenduri arwah ni,” jelasnya.

Baca juga :

‘Abang besar’ buat rondaan dalam taman

Makanan biasa-biasa tapi harga cekik darah!

‘Abang besar’ buat rondaan dalam taman

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*