
TANAH MERAH – Selepas hampir 72 jam hilang, jasad seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang di rumah neneknya di Kampung Aira, Kuala Tiga di sini malam kelmarin dijumpai lemas selepas dihanyutkan arus ke Sungai Kerilla dekat sini sebentar tadi.
Mayat Hud Aryan Mohd. Nor Hafifi yang berusia setahun tujuh bulan ditemui dalam keadaan berpakaian lengkap pada pukul 4.15 petang oleh pasukan bomba beberapa kilometer dari rumah neneknya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd.Zulkifli Osman berkata, mangsa ditemui tersangkut celah pokok di dalam sungai berkenaan dan tiada sebarang kecederaan ditemui pada anggota badan kanak-kanak itu.
“Anggota bomba mengeluarkan mayat kanak-kanak itu dari kawasan sungai sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tanah Merah di sini untuk pemeriksaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Baca juga :
Leave a Reply