
‘Abang sado’ selamba tangkap ular sawa, rupa-rupanya… Seorang pembantu perawatan kesihatan (PPK) di sebuah hospital kerajaan dengan ‘selamba’ menangkap ular sawa yang tersesat masuk ke wad menggunakan tangan tanpa sebarang alatan.
Menerusi video dimuat naik pengguna TikTok jejakasyoksendiri memperlihatkan, lelaki tersebut menangkap ular sawa itu di dalam tandas sebuah wad serta cuba memasukkan reptilia itu ke dalam tong kuning buangan klinikal.
Dia turut dibantu seorang lagi PPK, namun rakannya kelihatan seperti ‘takut-takut’ dengan ular sawa itu sekali gus ramai yang terhibur dengannya.
“Terbaik staf bekas anggota bomba, berhenti kerja sebab minat kerja jawatan PPK. Dalam hospital tingkat tiga pun ular sawa boleh masuk. Nasib tak ada pesakit. Allahuakbar,” menurut kapsyen pada video berkenaan.
Pada ruangan komen, pemilik akaun tersebut memaklumkan ular sawa itu telah diserahkan kepada Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara untuk tindakan lanjut.
Dalam masa sama, keberanian lelaki tersebut mendapat pujian orang ramai, bahkan ada yang mengenali PPK berkenaan.
“Satu balai dengan saya dulu. Terbaik Zul,” kata Aishah Zulkifle805.
“Staf macam ini patut diberikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang,” komen Mr.Ricky Martin.
“Kena bagi anugerah kepada staf itu kerana besar jiwa dia ke depan walaupun tahu bahaya,” ujar Tobey Obella.
Baca juga :
Berang diberi mi segera terlalu sedikit, mangsa banjir tampar ketua kampung
Leave a Reply