‘Abah beritahu motosikalnya ditendang dari belakang sehingga terlanggar gerai’

Lelaki orang kelainan upaya (OKU) mental yang cedera dibelasah di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai di sini Jumaat lalu mendakwa motosikalnya ditendang seseorang sehingga terlanggar gerai makanan di lokasi kejadian.

Anak mangsa, Nurul Farhana Ahmad Al Faizan, 21, mendakwa, selepas pelanggaran itu, bapanya, Ahmad Al Faizan Jusoh, 47, cuba bangun untuk mencari individu didakwa menendang motosikalnya sebelum disepak dan dipukul beramai-ramai.

“Abah beritahu dia tidak sengaja langgar gerai itu sebab motosikalnya disepak dari belakang.

Lelaki orang kelainan upaya (OKU) mental yang cedera dibelasah di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai di sini Jumaat lalu mendakwa motosikalnya ditendang seseorang sehingga terlanggar gerai makanan di lokasi kejadian.

“Abah cuma hendak cari siapa sepak (hingga menyebabkan pelanggaran), tapi dipukul orang ramai,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Mak Chili di sini hari ini.

Nurul Farhana meluahkan rasa sedih kerana bapanya yang tidak pernah menjentiknya serta empat adik-beradik lain.

Gadis itu turut berharap agar bapanya mendapat keadilan dan pelaku yang terbabit dalam insiden tersebut menerima hukuman yang setimpal.

“Abah mengalami luka di beberapa anggota badan dan kepala, Dia kini dirawat di Wad Psikiatri Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

“Belakang badan abah juga mengalami calar akibat diheret atas jalan raya selain kepalanya bengkak. Saya tidak dapat membayangkan kesakitan yang dilalui abah (ketika kejadian),” katanya.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*