Penutup tahun 2022 yang menyedihkan apabila berlaku insiden tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya, Batang Kali, pada Jumaat.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, peluang menemukan 12 mangsa yang hilang dalam kejadian tanah runtuh hidup amat tipis.
Kata Norazam, ini susulan keadaan runtuhan tanah yang tebal, berlumpur, berbatu serta masih terdapat aliran air.
Kejadian memasuki hari kedua dan peluang menemukan mangsa yang masih hidup amat tipis.
Bagaimanapun kita tidak menolak kemungkinan mangsa masih hidup jika terdapat ruang pada tanah yang tertimbus.
- Turut baca : Tanah runtuh: Mayat ibu, anak berpelukan ditemui
Tambah Norazam, masih terdapat aliran air bawah tanah di lokasi yang boleh menyebabkan gelongsoran.
Disebabkan itu kita mengehadkan pertambahan anggota. Kita juga bekerjasama dengan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) untuk memasang sistem di tiga lokasi yang berkemungkinan berlaku gelongsoran.
Jika berlaku gelongsoran, tanah akan turun dan ini menyebabkan kita hadkan jumlah pasukan penyelamat.
Pada jam 1.18 tengah hari tadi, pasukan mencari dan menyelamat menemui dua lagi mayat iaitu bayi lelaki dan wanita dewasa di sektor C.
Kedua-dua mayat itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah akan membuat sidang media berhubung perkembangan terbaru sebentar lagi.
Semalam, media melaporkan seramai 94 mangsa terbabit dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.24 pagi.
Leave a Reply