Sultan Johor terima mengadap Datuk Seri Salahuddin Ayub

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub di Johor Bahru, hari ini (11 Dis).

Pertemuan berlangsung kira-kira sejam, dan merupakan kunjungan hormat pertama beliau kepada Tuanku Sultan Ibrahim selepas pelantikan ke barisan menteri persekutuan yang diumumkan pada minggu lalu.

Datuk Seri Salahuddin adalah Ahli Parlimen Pulai, dan juga Ahli Dewan Negeri Johor bagi kawasan Simpang Jeram.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*