PH ‘agen’ perpaduan negara

Kejayaan PH memegang kerusi terbanyak serta berjaya menyatukan 2 musuh politik utama PH iaitu BN/GPS dan GRS menunjukkan keberkesanan PH sebagai agen perpaduan negara.

Malahan, PH tidak perlu bersikap seperti PN yang menjual jawatan dalam kerajaan hanya untuk berkuasa semata-mata bahkan menegaskan tiada janji jawatan kepada mana-mn parti atau individu yang menyokong kerajaan.

Namun begitu, PH harus bangkit bersama BN untuk memenangi hati bumiputra untuk terus kekal memegang tampuk pemerintahan.

Pemerintahan yang baik, bebas rasuah,pembelaan kepada rakyat, menjaga hak dan sensitiviti setiap kaum serta mencegah daripada amalan kroni adalah cabaran yang perlu dihadapi oleh barisan kerajaan perpaduan ini.

Perlu diingat bahawa PH hanya memegang 11% sahaja daripada undi orang Melayu berbanding BN pada 33% dan PN pada 53%.

Makanya perlu untuk setiap pimpinan melaksanakan reformasi pentadbiran agar produk yang baik dapat dihasilkan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*