Anwar akan buktikan ada anak Melayu yang guna kuasa bela nasib rakyat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuktikan bahawa terdapat pemimpin Melayu yang menggunakan kuasa untuk menjaga dan membela nasib rakyat di negara ini.

Dalam Pertemuan Mahabbah bersama Ulama dan Asatizah di Kompleks Seri Perdana, di Putrajaya lewat petang semalam, beliau juga mahu membuktikan bahawa penganut Islam akan dihormati kerana menegakkan keadilan.

“Saya mahu buktikan ada orang Melayu, anak Melayu yang menggunakan kuasanya untuk menjaga dan membela nasib rakyat di negara ini.

“Saya mahu buktikan bahawa orang yang percaya kepada Islam itu akan dihormati dan diyakini kerana prinsip rahmah dan keadilan yang ditegakkannya,” katanya.

Hadir sama dalam rapat itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menambah politik bukan kesempatan untuk membina kekayaan, menunjukkan kehebatan dan keangkuhan serta mengkayakan sanak saudara.

Tegasnya, disebabkan sistem yang diamalkan sebelum ini menyebabkan rakyat berasa sinis dan mempertikai akhlak serta kewibawaan pimpinan.

“Begitu juga kebebasan profesionalisme badan-badan penguatkuasaan, saya sudah bertemu dengan Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mereka memberi gesaan yang sama,” kata Anwar lagi.

Anwar akan buktikan ada anak Melayu yang guna kuasa bela nasib rakyat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*