“Mana tak naik angin…” Berang beratur berjam-Jam tapi kaunter imigresen hanya buka 15 minit

“Mana tak naik angin…” Berang beratur berjam-Jam tapi kaunter imigresen hanya buka 15 minit. Boleh dikatakan isu nombor giliran di kaunter pejabat urusan sering kali menjadi topik utama para netizen, lebih-lebih lagi apabila terpaksa menunggu dalam jangka masa yang lama.

Tambahan pula jika nombor giliran dikatakan sudah habis atau masa operasi sudah tamat, ia lagi membuatkan ramai berasa marah kepada pihak pejabat pengurusan yang dikunjungi.

Baru-baru ini, tular satu video di platform TikTok memaparkan beberapa rakyat berada di pejabat imigresen meluahkan rasa marah selepas diberitahu nombor giliran sudah habis untuk diberi.

Menurut daripada pengguna yang memuat naik pengalamannya itu, kaunter baru dibuka 15 minit tetapi nombor giliran sudah tidak dapat diberi kepada orang yang mengunjungi pejabat imigresen terbabit.

Individu terbabit sememangnya berasa kecewa dengan servis pejabat itu dan disebabkan hal berkenaan, dia terpaksa pulang tanpa sempat membuat sebarang pengurusan.

Rata-rata netizen turut dapat merasakan kemarahan serta kekecewaan yang dialami oleh individu dan rakyat mengunjungi pejabat imigresen tersebut kerana ramai juga yang pernah alami situasi sama.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*