Objektif penubuhan Bersatu ganti UMNO tercapai – Saifuddin

Sebahagian matlamat dan objektif penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menggantikan UMNO telah dicapai selepas memperoleh kemenangan 70 daripada 112 kerusi majoriti Melayu pada Pilihan Raya Ke-15 lalu.

Perkara itu merupakan tiga isu yang perlu diberi penilaian oleh Bersatu dalam pasca PRU15.

Pengerusi Perikatan Nasional Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, dua perkara lain ialah memperkasa sayap bersekutu yang membuka keahlian kepada bukan Melayu dan bukan bumiputera sekali gus mempertingkatkan sokongan mereka terhadap Bersatu.

Ketiga adalah meningkatkan program pentadbiran parti supaya memiliki jentera pilihan raya yang lebih komited dan mantap.

“Bersatu perlu muhasabah dengan melihat kelebihan dan kekuatan parti dalam pasca PRU15,” katanya di sini hari ini.

Mengulas terkuburnya Bersatu di Sabah, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata, beliau kesal dengan tindakan mereka walaupun tidak menyalahi Akta Anti Lompat Parti kerana Sabah masih belum meluluskan akta berkenaan.

“Kita kesal dengan tindakan yang dilakukan oleh teman saya di Sabah apabila mereka memenangi kerusi atas nama parti Bersatu tetapi telah membuat keputusan untuk dikeluarkan parti ini,” katanya.

Namun demikian, menurut Saifudin, Bersatu Pahang akan tetap kekal, utuh dalam parti dan tidak akan berganjak dokongan serta sokongan kepada parti terbabit.

Objektif penubuhan Bersatu ganti UMNO tercapai – Saifuddin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*