Elak diketahui umum, nama ketua pembangkang akan dimaklum 19 Dis ini

Elak diketahui umum, nama ketua pembangkang akan dimaklum 19 Dis ini. Perikatan Nasional (PN) telah memutuskan calon untuk jawatan ketua pembangkang, kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim dilaporkan berkata nama itu akan diumumkan sebelum persidangan Dewan Rakyat bermula 19 Disember ini.

Dia bagaimanapun enggan mendedahkan nama pemimpin yang mereka pilih untuk jawatan itu.

“PN sudah membuat keputusan dan akan dimaklumkan kepada media sebelum persidangan Dewan Rakyat nanti,” katanya seperti dipetik Berita Harian.

Laporan itu juga memetik Ahli Parlimen Bachok Syahir Sulaiman, yang merupakan setiausaha politik kepada Presiden PAS Abdul Hadi Awang, berkata Abdul Hadi adalah antara mereka yang telah menamakan calon itu.

“Mesyuarat Majlis Tertinggi PN sudah membuat keputusan dan Abdul Hadi juga turut hadir dan beliau antara yang mencadangkan nama terbabit.

“Kita cadang atas nama PN…kita tunggulah pengumuman nanti, menjelang 19 Disember ini,” katanya

Laporan itu turut membuat spekulasi bahawa Tuan Ibrahim adalah nama yang dipilih, berdasarkan beberapa pandangan penganalisis bahawa timbalan presiden PAS itu adalah calon terbaik untuk jawatan itu kerana dia mempunyai pengalaman sebagai menteri dan diterima ramai.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*