Presiden PAS masih tak puas hati dengan kabinet, walau DAP tak banyak menteri

Presiden PAS masih tak puas hati dengan kabinet, walau DAP tak banyak menteri. Presiden PAS Abdul Hadi Awang masih tidak berpuas hati dengan komposisi kabinet walaupun musuh ketatnya DAP tidak mendapat banyak kerusi menteri.

Katanya, walaupun begitu, parti itu masih mendapat “banyak manfaat”.

“Yang penting DAP mendapat manfaat yang banyak,” kata Abdul Hadi ringkas kepada pemberita selepas memberi kenyataan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Sentul, Kuala Lumpur hari ini.

Dia ditanya berkaitan keanggotaan wakil rakyat DAP dalam kabinet Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Dalam kabinet “kerajaan perpaduan”, hanya empat daripada 27 menteri dilantik daripada kalangan pemimpin DAP.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*