Hadi persoal kredibiliti Anwar sebagai Perdana Menteri. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mempersoal kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada cukup syarat atau sebaliknya untuk memegang jawatan nombor satu negara itu.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, Anwar adalah bekas individu yang dihukum mahkamah kerana kesalahannya dan meminta pengampunan.
“Kita tak tahulah yang jadi ketua kerajaan minoriti ini cukup syarat ke tidak tak tahu, bekas dihukum oleh mahkamah kerana kesalahan-kesalahannya dan diminta pengampunan. Kalau dia tak salah mengapa minta pengampunan? Ini boleh jadi ketua negara?
“Kemudian dalam ucapan-ucapan pula nak tentang rasuah, nak tentang salah guna kuasa, nak tentang itu dan ini. Nak tentang perompak harta negara tetapi sekarang ini cuba bersengkokol dengan mereka yang macam itu dalam kerajaan kerana nak mencukupkan jumlah.
“Ini satu penipuan terhadap rakyat, rakyat mesti balas penipuan ini jangan biarkan. Ini satu kemungkaran yang besar. Kita mesti lawan,” katanya ketika menyampaikan ceramah umum sempena kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman di Kampung Mentara, di sini semalam.
Dalam pada itu, Abdul Hadi mendakwa, Pas menolak pelawaan menyertai kerajaan perpaduan disebabkan gabungan itu tidak didominasi pemimpin Islam dan merupakan kerajaan minoriti yang ‘cakap tidak serupa bikin’.
“Islam melihat dominasi umat Islam yang memimpin. Orang Melayu Islam (sebanyak) 80 peratus atau lebih memilih PN, bersama kaum lain.
“Bukan Melayu sahaja termasuk ada India, China dan bukan bumiputera di Sabah dan Sarawak.
“Sokongan ini mencukupkan jumlah majoriti untuk memilih (PN) sebagai kerajaan yang sah mengikut Islam,” katanya.
Beliau mendakwa, kerajaan perpaduan ketika ini dikuasai oleh DAP yang meraih jumlah kerusi terbesar dalam Pakatan Harapan (PH) pada PRU15, Sabtu lalu.
“Yang dominasi sekarang adalah DAP, (parti) bukan Islam. Dalam PKR, sebahagiannya sahaja Islam daripada 30 kerusi dimenangi mereka, sebahagian lagi bukan Islam. DAP pula meraih 40 kerusi.
“Dengan jumlah minoriti ini tertubuhnya kerajaan minoriti, malah perkara ini turut menimbulkan kekecohan, protes dalam UMNO, ini menandakan ia perkara tak sihat,” dakwanya.
Turut baca :
Leave a Reply