Subsidi harus bersasar, bukan turut dinikmati orang kaya, industri – PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pemberian subsidi kepada rakyat harus dilaksanakan secara bersasar demi memastikan hanya golongan yang benar-benar memerlukan mendapat menikmatinya.

Perdana Menteri berkata, implikasi subsidi perlu diteliti kerana ia tidak bersasar ketika ini dengan turut dinikmati golongan kaya dan industri.

“Saya tidak ada masalah dengan subsidi untuk rakyat, (cumanya) subsidi harus bersasar, jika tidak harga minyak sebagai contoh, dimanfaatkan oleh golongan miskin dan kaya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau memberi tempoh dua minggu untuk meneliti dan memperincikan pelbagai isu berkaitan subsidi untuk rakyat.

“Saya beri tempoh dua minggu untuk mencerakin, menyelusuri seluruh implikasi dan bincang dengan sektor swasta, pelabur supaya mereka faham subsidi tujuannya untuk meringankan beban rakyat miskin,” katanya.

Turut baca :

Subsidi harus bersasar, bukan turut dinikmati orang kaya, industri - PM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*