Selamba letak tangan luar kereta, netizen risau gelang emas jadi ‘target’.
Memang tidak dinafikan, barang kemas dan wanita memang tidak dapat dipisahkan. Lagi-lagi, golongan wanita yang lebih berumur yang sememangnya gemar memakai rantai ataupun gelang emas.
Namun, apabila memakai barang-barang yang berunsur emas, tuan empunya badan perlu sentiasa berhati-hati kerana mereka boleh dijadikan sebagai target utama penjenayah untuk meragut.
Turut baca
- ‘Berang’ tak tahu masak maggi, isteri dicerai
- Kematian suri rumah, 2 lelaki dipenjara
- ‘Bersidai’ di tepi jalan, pesalah berdepan tindakan saman
Seperti baru-baru ini, satu video tular di TikTok memaparkan seorang wanita warga emas menjulurkan tangannya yang mempunyai cincin serta gelang emas keluar dari sebuah tingkap kereta yang membuatkan ramai berasa risau.
Kelihatan ‘mak cik’ tersebut berada di bahagian duduk penumpang hadapan seakan-akan sedang menunggu sesuatu sambil mengeluarkan tangannya keluar tingkap kereta yang dinaiki.
Disebabkan tindakan yang di buat olehnya itu sememangnya membahayakan diri, ramai memberi amaran dan meminta dia untuk lebih berhati-hati kerana ‘malang tidak berbau’.
Meninjau di ruangan komen, ramai berpendapat warga emas itu tidak menyayangi tangannya dengan berbuat sedemikian dan dalam pada masa yang sama, ada juga kata mungkin gelang tersebut tidak tulen kerana dia seakan-akan tidak kisah dengan apa yang dilakukan ketika itu.
Leave a Reply