Anwar cipta sejarah negara, PM paling ‘trending’ di media sosial

Anwar cipta sejarah negara, PM paling ‘trending’ di media sosial. Setelah Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri ke-10 semalam tanda pagar #DSAI, #10thPrimeMinister terus sohor di media sosial sehingga hari ini.

Selain itu, #reformasi juga turut sohor kini apabila ribuan rakyat Malaysia mengucapkan tahniah dan menzahirkan rasa syukur serta berharap agar Malaysia reformasi kearah yang lebih gah dan maju di bawah pimpinan Perdana Menteri yang baharu.

“Tahniah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri yang selayaknya untuk kesejahteraan Malaysia, moga perjuangan yang dilalui oleh beliau menjadi titik tolak kepada megahnya negara Malaysia di mata dunia,” ciap @kasmahinan di Twitter.

“Saya berharap agar Netflix akan mengeluarkan siri yang berkisarkan kisah Anwar Ibrahim. Saya percaya ianya akan menyuntik semangat dan inspirasi kepada semua. Perjalanan reformasi belum berakhir, bahkan ianya baru bermula. Tahniah Datuk Seri, PM saya, PM kita,” ciap @MTweets98.

“Selepas berhempas pulas berjuang menegakkan perjuangannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim selayaknya diangkat menjadi Perdana Menteri ke-10. Semoga beliau mengetuai negara ini dengan sebaiknya,” ciap @ohdamnitsjoe.

Dalam pada itu, terdapat juga orang ramai yang menyifatkan Anwar Ibrahim sebagai seorang pejuang yang tidak mengaku kalah dan tidak mengenal erti penat dan lelah dalam mengharungi ‘episod derita’ sebelum diangkat menjadi Perdana Menteri ke-10.

“Selepas segala apa yang beliau dan keluarga harungi. Beliau tidak mengalah berjuang untuk kita. Beliau bangkit berjuang untuk kesejahteraan Malaysia. Seperti kata orang, Tuhan akan memberi ujian kepada mereka yang mampu,” ciap @Jd3b.

“Orang yang memandang rendah kepada orang lain tidak akan dipandang tinggi, Anwar begitu ikonik untuk ini, perbuatan lebih lantang daripada kata-kata untuk Malaysia yang lebih sejahtera ,” ciap @s4kurablossoms.

Untuk rekod, Anwar Ibrahim telah diangkat menjadi Perdana Menteri ke-10 semalam, selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali gus menoktahkan penantian beliau selama 24 tahun untuk menjadi Perdana Menteri.

Anwar cipta sejarah negara, PM paling 'trending' di media sosial

Anwar cipta sejarah negara, PM paling 'trending' di media sosial

Anwar cipta sejarah negara, PM paling 'trending' di media sosial

Anwar cipta sejarah negara, PM paling 'trending' di media sosial

Anwar cipta sejarah negara, PM paling 'trending' di media sosial

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*