Anwar tunai janji potong gaji, elaun. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan janjinya untuk memotong gaji dan elaun sebagai Perdana Menteri.
Beliau bagaimana tidak menjelaskan pemotongan itu berkuat kuasa dalam tempoh berapa lama.
“Saya sudah umumkan bahawa langkah pertama untuk memulihkan keyakinan rakyat supaya tidak melihat negeri tanpa mengira agama atau memikirkan gaji, maka saya memilih menolak gaji Perdana Menteri,” katanya dalam sidang akhbar pertamanya selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 di Sungai Long Golf & Country Club di sini hari ini.
Dalam Konvensyen Pakatan Harapan (PH) di Perak pada 20 Oktober lalu, Anwar mengumumkan untuk memotong gaji dan elaun sebagai Perdana Menteri jika gabungan berkenaan menerajui kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Malah, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu memberi jaminan yang langkah sama akan turut dilaksanakan dalam kalangan menteri dan timbalan menteri.
Katanya, perkara itu akan dilakukan kerana memahami keperitan dan kepayahan rakyat yang terpaksa meneruskan hidup dalam keadaan ekonomi tidak menentu.
Turut baca :
Leave a Reply