Sekatan polis 24 jam di lokasi strategik di seluruh negara

Sekatan polis 24 jam di lokasi strategik di seluruh negara. Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan sekatan jalan raya (SJR) di lokasi strategik setiap daerah di seluruh negara dengan penugasan secara 24 jam bermula malam tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, langkah mengadakan sekatan itu adalah sebahagian daripada usaha PDRM mencegah jenayah melalui peningkatan ‘omnipresence’ atau kehadiran polis.

Menurut beliau, langkah tersebut juga adalah bagi menjamin tahap keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini.

“Demi keselesaan pengguna jalan raya dan kelancaran lalu lintas, tiada halangan lalu lintas atau sekatan pada waktu puncak dan siang hari,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, orang ramai diminta memberikan kerjasama dalam mematuhi arahan yang diberikan ketika melalui sekatan jalan raya terutama di waktu puncak.

“Masyarakat tidak perlu bimbang untuk melakukan aktiviti harian kerana PDRM memberi jaminan tahap keselamatan di seluruh negara adalah terkawal,” jelasnya.

Turut baca :

Sekatan polis 24 jam di lokasi strategik di seluruh negara

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*