Agong titah rakyat terima apa sahaja keputusan

Agong titah rakyat terima apa sahaja keputusan. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, baginda belum menerima apa-apa akuan bersumpah (SD) daripada mana-mana parti.

Jelas baginda, pihaknya tidak boleh mendedahkan apa-apa selagi tidak mempunyai SD daripada Ahli-ahli Parlimen.

“Saya tak boleh nak kata (angkat sumpah hari ini). Saya tidak boleh dedahkan apa-apa sebab saya tidak tengok apa-apa lagi.

“Rakyat diminta bersabar dan terima keputusan rakyat, wakil-wakil rakyat dan terima keputusan saya,” kata ketika menemui media di pekarangan Istana Negara, sebentar tadi.

Ditanya sama ada upacara angkat sumpah jawatan Perdana Menteri akan dibuat hari ini, baginda berkata, perkara itu akan diputuskan sebaik melihat kepada jumlah majoriti mudah yang akan dipersembahkan oleh parti.

“Belum tahu lagi, tengok jam pukul berapa. Saya baru balik belum masuk lagi nak tengok majoriti,” jelas baginda lagi.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Dalam pada itu, baginda turut ditanya samada akan memanggil semua ahli Parlimen menghadap, banginda hanya senyum.

Baginda turut menasihatkan rakyat agar bertenang dan menyerahkan tugas untuk melantik Perdana Menteri kepada baginda.

“Rakyat diminta bersabar dan terima keputusan rakyat, wakil-wakil rakyat dan terima keputusan saya.

“Sila bertenang dan kita terus kehadapan, biar saya (Beta) buat keputusan dalam masa terdekat ini,” titah baginda lagi.

Turut baca :

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*