Panas !!! Kenyataan berniat jahat terhadap Anwar, calon PN berdepan laporan polis

Calon PKR bagi Parlimen Bagan Serai, Siti Aishah Shaik Ismail membuat laporan polis terhadap Ketua Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria atas dakwaan membuat kenyataan berunsur fitnah terhadap Anwar Ibrahim.

Laporan itu dibuat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kerian di Perak, tengah hari ini.

Siti Aishah menggesa polis menyiasat perkara itu kerana menurutnya kenyataan tersebut berniat jahat dan untuk mencemarkan imej Anwar dan PH.

“Setelah diteliti, saya mendapati ucapannya mengandungi unsur fitnah dan berniat jahat. Ucapannya juga jelas ditujukan kepada kepimpinan PH termasuklah Anwar selaku pengerusinya.

“Saya menggesa siasatan dibuat di atas ucapannya bagi memulihkan semula persepsi jahat yang cuba ditaburkan kepada pengundi di Bagan Serai, khususnya DUN Gunung Semanggol,” katanya dalam laporan yang dilihat Malaysiakini.

Razman adalah penyandang kerusi DUN Gunung Semanggol dan akan mempertahankan kemenangannya dalam PRU kali ini.

Turut hadir bersama Siti Aishah di IPD Kerian adalah tiga calon PH di DUN Perak, iaitu Khairul Azman Ahmad (Alor Pongsu), Sheikh Khuzaifah (Gunung Semanggol) dan Ahmad Saqif Ansarallah (Selinsing).

Sementara itu, Ketua Pemuda PKR Perak menyifatkan dakwaan itu “bernada hasutan” dan berkata pihaknya juga akan membuat laporan polis terhadap dakwaan tersebut.

“Kita kena berkempen secaa berhemah dan tidak menimbulkan ketegangan,” katanya yang merupakan calon DUN Lintang.

Laporan itu merujuk kepada kenyataan yang dibuat Razman semalam, yang antara lain mendakwa Anwar membawa agenda LGBT di Malaysia.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim ini kita tau dia nak bawa agenda LGBT ke dalam negara – lelaki kahwin lelaki, perempuan kahwin perempuan,” dakwanya ketika program walkabout di pasar malam Tebuk Pancur di Semanggol, Perak.

Dia juga mendakwa DAP mempunyai agenda komunis dan umat Islam di negara ini tidak seharusnya mengundi mereka.

Turut baca :

Panas !!! Kenyataan berniat jahat terhadap Anwar, calon PN berdepan laporan polis

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*