Tak sanggup lihat ada yang terluka, lelaki ambil keputusan ‘berani mati’ kahwin dua teman wanita serentak

Tak sanggup lihat ada yang terluka, lelaki ambil keputusan ‘berani mati’ kahwin dua teman wanita serentak. Selama ini jarang sekali kita dengar seorang lelaki mengahwini dua orang wanita serentak. Namun kali ini sangat berbeza apabila lelaki di negara jiran ini ‘berani mati’ berkahwin dengan dua teman wanitanya sekali gus.

Perkongsian melalui Instagram makassar_iinfo baru-baru ini mendapat perhatian netizen apabila berita itu memperoleh lebih 40k tanda suka dan lebih 3k komen.

Menerusi perkongsian itu, lelaki tersebut dikatakan tidak sampai hati mengecewakan hati mana-mana kekasihnya, justeru nekad berkahwin dengan dua wanita itu serentak dalam majlis yang berlangsung baru-baru ini.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Dusun Pangkalan Padang, Desa Airtarap, Kecamatan Kendawangan, Kabupaten Ketapang, Kalimantan Barat.

Saya tidak sampai hati melihat ada yang terluka. Makanya saya putuskan untuk menikah sekali gus.

Menurut laporan Harian Metro, pemuda itu dikatakan berkahwin dengan dua teman wanitanya dan masing-masing menerima mas kahwin sebanyak Rp10,000 (RM2.90).

Sebahagian daripada netizen mempertikai tindakan lelaki ini yang mengahwini dua wanita tersebut sekali gus. Ada yang berpandangan langkah yang diambil lelaki ini tidak mampu difahami sama sekali.

Malah rata-rata daripada mereka juga menyifatkan tindakan lelaki itu bakal menyakiti hati wanita-wanita tersebut ketika melalui fasa perkahwinan nanti.

Kata salah seorang pengikut Instagram itu, kedua-dua wanita tersebut pastinya akan berasa cemburu antara satu sama lain kelak kerana perlu berpoligami dan berkongsi kasih.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*