Bimbang disaman Husam, PU Syed tampil mohon maaf

PERMOHONAN MAAF KEPADA TUAN HJ HUSAM MUSA, KERANA MENGONGSIKAN VIDEO PENDEDAHAN RAJA PETRA

Saya Syed Mohd Bakri Bin Syed Ishak, telah memuat naik video pendedahan Raja Petra yg berkaitan dengan Tn Hj Husam Musa sewaktu menjadi sebahagian dari Pimpinan Kelantan pada Era Pentadbiran Allahyarham Tuan Guru Dato Hj Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

Saya mengaku telah melakukan kesilapan dengan memuat naik video tersebut di dalam media sosial saya kerana beranggapan ianya menarik untuk rakyat Kelantan ketahui kisah tersebut tanpa memikirkan datang dari mana sumber tersebut.

Setelah saya menyedari dan melihat sendiri maklum balas dari Tn Hj Husam Musa yg menafikan tuduhan tersebut maka saya telah bertindak dengan memadamnya dari akaun FaceBook saya sekitar jam 10.30 pagi tadi dan turut berharap sesiapa yang mengongsikan video tersebut agar dapat memadamnya.

Saya mengaku saya berada pada posisi yg salah dengan menyebar sesuatu tanpa bukti yang kukuh dan semata-mata melihat video dari Raja Petra itu sahaja. Saya dengan ini memohon maaf kepada Tn Hj Husam Musa serta bersedia untuk menerima tindakan saman jika permohonan maaf ini tidak diterima.

Saya dapat belajar sesuatu pada kali ini iaitu, jangan terlalu teruja dengan sesuatu khabar sehingga merasakan semuanya adalah betul.

Saya juga ingin menyatakan bahawa ianya adalah tindakan saya secara individu dan bukanlah mewakili mana-mana parti yang saya sokong dan sedia menerima apa sahaja tindakan perundangan dr pihak Tn Hj Husam Musa.

Sekian

Jazaakumullah Khairan Jaza’

Syed Mohd Bakri Bin Syed Ishak @ PU Syed
Ipoh, Perak.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*