{VIDEO} Panas !!! Cikgu hina murid darjah 1 dikecam

Panas !!! Cikgu hina murid darjah 1 dikecam . Dahulu dapat dilihat guru lebih mengambil pendekatan merotan ataupun mendenda murid jika melakukan kesalahan, namun guru sekarang ini mereka lebih kepada marah melalui komunikasi dan interaksi.

Namun, kaedah-kaedah yang digunakan ini bukan lah tujuan untuk menjatuhkan ‘air muka’ pelajar tapi hanya sekadar pengajaran buat mereka.

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok sesi pembelajaran murid darjah satu bersama gurunya dan hal itu mendapat perhatian kerana cara yang digunakan oleh guru terbabit melampaui batasan.

Difahamkan dari luahan seorang wanita yang berasa terkilan anak buahnya diperlaku seperti itu, anak buah sering berasa takut untuk masuk ke kelas guru tersebut kerana sering dimalukan dan dihina jika beri jawapan salah.

Tambahannya lagi, guru terbabit hanya tahu membebel serta mengeluh jika jawapan yang diberi oleh anak buah salah dan wanita itu merasakan banyak lagi cara lain untuk membimbing seandainya anak buah lambat memahami apa yang diajar.

Lagi mengeruhkan keadaan, guru terbabit akan menghalang ataupun menghina jika rakan sekelas ingin membantu anak buah mendapatkan jawapan.

Bagaimanapun, wanita itu faham guru terbabit mahu anak buahnya belajar sendiri, namun baginya mungkin guru itu boleh fikir cara yang lebih efektif daripada menghina murid darjah satu.

Turut baca:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*