Lancar latihan nuklear, Russia buat Barat ‘panas punggung’

Lancar latihan nuklear, Russia buat Barat ‘panas punggung’. Presiden Russia, Vladimir Putin dilapor menyelia latihan tahunan oleh pasukan strategik nuklear Russia ketika ketegangan semakin memuncak dengan negara Barat berhubung perang lapan bulan di Ukraine.

Negara Barat bimbang perkembangan terbaharu itu seakan menguatkan lagi tanggapan bahawa Russia akan melancarkan perang nuklear di Ukraine pada bila-bila masa.

Kremlin berkata, peluru berpandu balistik dilancarkan dari Artik ke Timur Russia.

Portal berita BBC melaporkan Amerika Syarikat (AS) diberitahu tentang latihan itu di bawah syarat perjanjian senjata New Start.

Pelancaran itu dibuat ketika Rusia membuat dakwaan tidak berasas bahawa Ukraine merancang untuk menggunakan ‘bom kotor’ iaitu alat letupan yang bercampur dengan bahan radioaktif.

Bagaimanapun dakwaan tersebut ditolak secara meluas oleh negara-negara Barat yang menyifatkannya sebagai dakwaan palsu dan Kyiv memberi amaran bahawa tindakan itu menunjukkan Moscow sendiri mampu melancarkan serangan sedemikian.

Latihan nuklear terakhir Russia berlangsung selama lima hari sebelum negara itu menyerang Ukraine.

Berikutan latihan terbaharu itu, pegawai tentera di Washington menegaskan bahawa dalam memaklumkan AS, pihak Rusia mematuhi kewajipan kawalan senjata.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) juga mengadakan latihan nuklearnya sendiri, yang digelar Steadfast Noon, di barat laut Eropah dan Perikatan pertahanan Barat berkata, latihan penerbangan melibatkan 14 negara sedang berlangsung sehingga Ahad melibatkan Belgium, United Kingdom (UK) dan Laut Utara.

Latihan tentera Russia dilaporkan diadakan berikutan kempen pertahanan di selatan dan timur Ukraine.

Moscow menghantar tentera ke bandar utama selatan Kherson untuk membantu mempertahankan kawasan yang sudah ditaklukinya itu selepas menerima tekanan hebat daripada tentera Ukraine

Menteri Pertahanan Russia, Sergei Shoigu berkata, tujuan latihan itu diadakan untuk bahagian perintah dan kawalan ketenteraan berlatih melakukan serangan nuklear besar-besaran dengan pasukan strategik nuklear sebagai tindakan balas terhadap serangan nuklear musuh.

Kremlin berkata, peluru berpandu balistik antara benua Yars dilancarkan dari kosmodrom Plesetsk, kira-kira 800 kilometer di utara Moscow dan peluru berpandu balistik Sineva ditembak dari Laut Barents ke tapak ujian terpencil Kura di wilayah Kamchatka di Timur Rusia.

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Ukraine, Oleksiy Reznikov berpendapat Putin tidak akan menggunakan nuklear dan memberitahu media AS bahawa serangan balas Ukraine di selatan telah dihalang oleh cuaca hujan.

Dalam ucapan kepada rakyatnya September lalu, Putin menegaskan negaranya mempunyai pelbagai senjata pemusnah dan akan menggunakan segala yang dimilikinya sambil menambah beliau tidak menipu tentang amaran itu.

Berikutan kenyataan itu, Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell memberitahu situasi ini amat berbahaya kerana tentera Russia berada dalam tekanan dan reaksi Putin yang mengancam menggunakan senjata nuklear adalah sesuatu yang sangat buruk.

Turut baca :

Lancar latihan nuklear, Russia buat Barat ‘panas punggung’

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*