Kecoh pelajar jual Peranti Siswa sebab nak tukar Ipad, ini respon Syed Saddiq

Kecoh pelajar jual Peranti Siswa sebab nak tukar Ipad, ini respon Syed Saddiq. Sejak semalam, tular hantaran di media sosial yang memperlihatkan beberapa iklan daripada individu berstatus pelajar ingin menjual Peranti Siswa yang telah ‘diberi’ oleh kerajaan.

Kecoh pelajar jual Peranti Siswa sebab nak tukar Ipad, ini respon Syed Saddiq

Walau bagaimanapun, iklan tersebut menerima cemuhan daripada wargamaya yang rata-ratanya menganggap mereka (pelajar) tidak bersyukur.

Malah, isu tersebut juga mendapat perhatian daripada YB Syed Saddiq.

Beliau dalam hantaran di Twitter meminta agar pelajar berkenaan tidak menjual gajet model Galaxy A8 LTE, sebaliknya mengembalikan semula kepada pihak kerajaan.

Demikian kerana mendapati masih ramai pelajar di luar sana memerlukan gajet tersebut untuk kemudahan mereka, namun tidak kesampaian memilikinya.

“Kerajaan dah bagi untuk guna dan ramai lagi yang memerlukannya.”

“1/3 pelajar di Malaysia tak ada gajet…di Sabah dan Sarawak pula 1/2 pelajar tak ada.” – Syed Saddiq.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*