“Malang tak berbau…” Nenek maut nahas ketika hantar cucu ke sekolah. Seorang wanita maut manakala suami dan cucunya cedera setelah motosikal ditunggang mereka bergesel dengan sebuah lori di Jalan Chepor di sini pagi semalam.
Difahamkan, kejadian sekitar pukul 7.30 pagi itu berlaku ketika mangsa, Siti Hazizah Ismail, 57, dan suami dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar cucu mereka berusia sembilan tahun ke sekolah.
Pasangan itu dikatakan berpatah balik ke rumah bersama kanak-kanak itu selepas mendapati sesi persekolahan ditutup.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, ketika kejadian motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang suami isteri bersama cucu perempuannya dalam perjalanan dari arah Meru ke Chemor.
Katanya, sampai di lokasi kejadian, motosikal mangsa hilang kawalan lalu bergesel dengan tayar belakang lori yang datang dari arah Tronoh.
“Mangsa disahkan maut di tempat kejadian dan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat,” katanya di sini hari ini.
Menurut beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan 1987.
Turut baca :
- Gempar kediaman rasmi Menteri Besar Kedah disimbah cat
- Hampir 30,000 tandatangan petisyen sokong Cikgu Fadhli
Leave a Reply