“Tahulah beras kau beli…” Isteri terkilan suami asyik buang beras tiap kali gaduh.
‘Seorang wanita akan menjadi ratu apabila bertemu dengan lelaki yang tepat.’
Kata-kata mutiara itu dapat kita gambarkan betapa bertuahnya hidup seorang wanita apabila dikurniakan pasangan yang baik, yang selalu diutamakan dalam semua hal oleh pasangannya.
Namun, jalan cerita setiap orang itu berbeza, termasuklah dalam urusan berkaitan jodoh dan pertemuan.
Menerusi perkongsian wanita yang hanya ingin dikenali sebagai nanaorlin, ada memuat naik sebuah video menyaksikan keadaan di dalam bilik air di rumahnya.
Dipenuhi dengan taburan beras sehingga menutupi lubang tandas.
Dedah Nana, ia berpunca daripada tindakan suaminya yang baran dan suka naik tangan.
Apabila bergaduh pasti segala keperluan dia dan anak dibuang oleh suaminya, seolah-olah merasakan diri terlalu hebat dalam menguruskan rumah tangga.
Terkesan dengan ujian yang menimpa, warga netizen tidak berhenti menitip ucapan semangat buat wanita itu selain akui geram dengan sikap suaminya.
Selain itu, mereka juga tidak keberatan berkongsi pendapat buatnya kerana tidak sampai hati melihat masa depan wanita itu dan anaknya terhalang dek masalah rumah tangga yang tidak berpenghujung.
Turut baca
Leave a Reply