“Malang tak kenal siapa…” Pasangan kekasih disambar petir ketika berduaan di dalam khemah

“Malang tak kenal siapa…” Pasangan kekasih disambar petir ketika berduaan di dalam khemah. Itulah peribahasa paling sesuai menggambarkan detik cemas yang dilalui pasangan kekasih ini apabila disambar petir ketika berdua-duaan di dalam khemah. Lebih mendukacitakan apabila salah seorang daripada mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Insiden cemas itu dipercayai berlaku pada 23 September lalu ketika kedua-dua mahasiswa ini berkhemah di sebuah lokasi pelancongan popular di Bukit Waruwangi, Indonesia. Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Cilegon iaitu Iptu Sigit Dermawan, pasangan kekasih terbabit telah menyewa sebuah khemah daripada pihak pusat pelancongan tersebut. Mereka kemudian mendirikan khemah bersaiz 2×2 meter itu di bawah pokok sebelum hujan turun dengan lebat dan disertai petir.

Menurut keterangan saksi, kira-kira pukul 11.30 pagi (waktu tempatan), mereka terdengar bunyi dentuman petir di sekitar khemah mangsa. Apabila menghampiri khemah tersebut, saksi mendapati khemah sudah rosak.

Saksi kemudian memasuki khemah untuk memeriksa keadaan penghuni khemah berkenaan dan alangkah terkejutnya apabila mendapati seorang lelaki dan wanita berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam kedudukan terlentang. Susulan daripada itu, seorang mangsa yang mengalami kecederaan telah dikejarkan ke hospital manakala seorang lagi dilaporkan maut di tempat kejadian.

Turut baca :

"Malang tak kenal siapa..." Pasangan kekasih disambar petir ketika berduaan di dalam khemah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*