Wanita bakar rumah rakan selepas gagal beritahu lokasi kekasih.
Seorang wanita di daerah Bang Lamung, Thailand didakwa membakar rumah kawan kekasihnya kerana berang tidak diberitahu lokasi keberadaan lelaki tersebut, lapor laman berita Thaiger semalam.
Pemilik rumah, Parichat Yongpanya, 33, memberitahu bahawa dia dan dua anak perempuannya sedang tidur di dalam rumah apabila wanita itu masuk dengan membawa sebotol petrol sambil cuba menghubungi teman lelakinya.
Suspek kemudian melarikan diri dari rumah sementara Parichat dan anak perempuannya bernasib baik kerana sempat menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.
Parichat yang juga rakan kekasih wanita itu berkata, lelaki itu biasanya mengunjungi rumahnya namun tidak datang pada hari kejadian.
Perkara itu mungkin mengecewakan suspek hingga terdesak membakar rumah Parichat.
Polis sedang menyiasat kejadian itu dan merancang untuk menahan suspek dalam masa terdekat bagi memfailkan pertuduhan.
Turut baca
Leave a Reply